Asia
KFA
Advertisements

Debaran Piala Asia 2023 Qatar semakin terasa apabila kejohanan tersebut bakal bermula kurang 2 minggu daripada sekarang.

Bagi menambah kemeriahan Piala Asia 2023 kali ini, ayuh kenali 5 pemain Asia paling bernilai yang bakal menggegarkan kejohanan Piala Asia di Qatar tahun ini.

1. Takefusa Kubo (Jepun) – RM304 juta

Advertisements
Takefusa Kubo Real Sociedad 5 Pemain Paling Bernilai Bakal Gegarkan Piala Asia 2023

Pemain sayap lincah, Takefusa Kubo merupakan pemain paling bernilai bakal beraksi dalam kejohanan ini dengan nilai pasaran RM304 juta.

Pemain berusia 22 tahun ini mencatatkan permulaan musim yang cemerlang bersama Real Sociedad setelah berjaya menjaringkan 6 gol dan mencetak 3 bantuan jaringan dalam 18 penampilan liga.

Kubo merupakan pemain sayap kanan yang gemar menggelecek pertahanan lawan untuk memasuki kawasan kotak penalti dan melepaskan rembatan menggunakan kaki kiri namun turut mampu menggunakan kaki kanan dalam situasi tertentu menurut analisis The Athletic.

Advertisements

2. Kim Min-jae (Korea Selatan) – RM304 juta

Kim Min-jae bukan sahaja pertahanan terbaik di Asia malah beliau merupakan antara pemain pertahanan terbaik di dunia ketika ini.

Pemain ini menyertai Bayern Munich daripada Napoli pada awal musim ini setelah membantu Napoli menjuarai Serie A pada musim lalu.

Advertisements

Kim Min-jae membuktikan kekebalan beliau selaku pemain pertahanan apabila Korea Selatan tidak dibolosi dalam 6 perlawanan terakhir dimana beliau diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan.

3. Kaoru Mitoma (Jepun) – RM253 juta

Kaoru Mitoma tetap dipanggil menyertai skuad Jepun ke Piala Asia disebalik kecederaan lutut yang menimpa beliau sewaktu menentang Crystal Palace tempoh hari setelah disahkan mampu bermain oleh pasukan perubatan Jepun.

Advertisements

Mitoma merupakan tunjang utama Brighton diposisi sayap kiri musim ini apabila telah menjaringkan 3 gol serta mencetak 5 bantuan jaringan dalam 17 penampilan liga.

Malah musim lalu Mitoma merekodkan 7 gol dan 6 bantuan jaringan walaupun itu merupakan musim pertama beliau bersama Brighton.

4. Son Heung-min (Korea Selatan) – RM253 juta

Penyerang Tottenham, Son Heung-min pastinya bakal menjadi harapan utama Korea Selatan dalam memburu gol di pentas Piala Asia.

Son telah mencatatkan 12 gol dan 5 bantuan jaringan walaupun liga baru memasuki separuh musim ketika ini.

Malah Son mampu bermain diposisi yang berbeza seperti pemain tengah menyerang, sayap kiri dan juga posisi penyerang tengah pasukan.

5. Takehiro Tomiyasu (Jepun) – RM152 juta

Tomiyasu kini antara pemain penting Mikel Arteta di Arsenal setelah memiliki kemampuan memenangi perebutan bola dengan ketepatan peratusan lebih dari 50% berdasarkan analisis Breaking The Lines dan turut mahir dalam melakukan pintasan bola.

Tomiyasu juga pemain yang versatil apabila pernah bermain selaku pertahanan tengah sewaktu bersama Bologna dan kini mampu bermain selaku pertahanan kiri dan kanan untuk Arsenal.

Bek sisi Jepun ini bukan sahaja akan menyukarkan jentera serangan lawan malah turut mampu bermain secara ofensif dengan melakukan hantaran lintang menerusi larian sisi padang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram