Advertisement
AFC Asian Cup: Jurulatih Jepun ‘Gentar’ Hadapi Vietnam
Asia
MakanBola
AFC

Jurulatih skuad kebangsaan Jepun, Hajime Moriyasu meluahkan kerisauan sebelum pertembungan di antara Jepun dan Vietnam untuk aksi Kumpulan D, yang dijadualkan berlangsung pada jam 7.30 malam ini.

Kerisauan yang dirasai Moriyasu adalah lebih terarah kepada pengendali Vietnam, Philippe Troussier yang sebelum ini pernah melatih Jepun dari 1998 sehingga 2002.

Moriyasu menganggap Troussier sangat mengenali skuad Jepun. Namun perkara tersebut bukanlah alasan kerana mereka sasaran utama untuk Jepun adalah menjulang Piala Asia edisi kali ini.

“Troussier pernah menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan Jepun, jadi dia sangat memahami kami (pasukan Jepun). Kami mahu menjadi juara. Tetapi sudah tentu, kami perlu melaluinya perlawanan demi perlawanan.

“Para peminat (Jepun) menaruh harapan yang tinggi kepada kami. Negara Jepun baru-baru ini dilanda gempa bumi, dan saya percaya jika kita bermain dengan baik, ia boleh menjadi ubat bagi mereka yang menderita,” luah Moriyasu dalam sidang media.

Jepun akan berdepan Vietnam tanpa pemain bintang mereka iaitu pemain kelab Brighton, Kaoru Mitoma yang masih belum cergas sepenuhnya dari kecederaan.

Kali terakhir Jepun menjulang kejuaraan Piala Asia adalah pada edisi 2011 yang mana menyaksikan mereka menewaskan Australia dengan keputusan 1-0.

Namun begitu, Jepun masih mengekalkan rekod sebagai pasukan yang paling banyak meraih kejuaraan Piala Asia dalam sejarah iaitu sebanyak empat kali.