AFC Asian Cup: Philippe Troussier: Vietnam Boleh Kalahkan Jepun
Asia
Vietnam FF
Advertisements

Jurulatih Vietnam, Philippe Troussier percaya barisan pemainnya mampu melakar kejutan ke atas Jepun dalam perlawanan pertama Kumpulan D hari ini.

Jepun memiliki banyak kelebihan di atas kertas. Pasukan yang dibimbing Hajime Moriyasu itu bukan saja berstatus pasukan terbaik Asia dengan menduduki ranking ke-17 dunia.

Malah, pasukan itu turut dibarisi ramai pemain yang berpangkalan di Eropah. Antara pemain yang dipanggil membarisi Samurai Biru ialah Takefusa Kubo (Real Sociedad), Takumi Minamino (AS Monaco) dan Wataru Endo (Liverpool).

Advertisements

Troussier yang pernah membimbing Jepun dari 1998 hingga 2002 mengakui Vietnam berdepan tugas sukar pada malam ini.

Pada masa sama, beliau tidak melihat ini sebagai halangan buat barisan pemain Pahlawan Bintang Emas untuk memberi yang terbaik bila menentang Jepun.

Advertisements

Ini kerana dengan sedikit tuah, tidak mustahil Vietnam mampu melakar kejutan ke atas pasukan yang pernah menggondol gelaran juara Piala Asia sebanyak empat kali itu.

“Empat tahun lalu, Vietnam beraksi sebagai pasukan bukan pilihan dan mendapat sedikit tuah untuk meneruskan kempen terima kasih kepada markah fair play.

Advertisements

“Sudah tentu selepas mengatakannya, kita tidak boleh menerima perlawanan esok (hari ini) akan berlangsung tanpa sebarang kejutan. Bola sepak sentiasa ada kejutan.

“Dan dalam perlawanan menentang Jepun, jika kita bermain 10 kali, kita akan kalah sembilan kali tetapi Vietnam boleh mendapat keputusan positif dan memenangi perlawanan esok (hari ini),” katanya dalam sidang media pra-perlawanan yang disiarkan di YouTube AFC Asian Cup semalam.

Advertisements

Perlawanan hari ini merupakan perlawanan keenam untuk kedua-dua pasukan di pentas antarabangsa. Kali terakhir Jepun dan Vietnam bertemu ialah pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dengan kedua-dua pasukan seri 1-1 pada Mac 2022.

Jepun tidak pernah tewas kepada Vietnam dalam lima pertemuan sebelumnya dengan merekodkan empat kemenangan dan satu seri.

Samurai Biru dan Pahlawan Bintang Emas bakal bersemuka di Stadium Al Thumama pada jam 7.30 malam ini. Perlawanan hari ini bakal diadili oleh pengadil Korea Selatan, Kim Jong-hyeok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram