Advertisement
AFC Asian Cup: Kesilapan Jalil Elias Buat Syria Merana
Asia
MakanBola
Socceroos

Kesilapan yang dilakukan oleh perancang tengah Syria, Jalil Elias makan diri selepas Australia berjaya mencatatkan kemenangan untuk melangkah ke pusingan kalah mati.

Pemain berusia 27 tahun itu berada dalam kesebelasan utama pasukan dan menbentuk gandingan yang akat baik pada babak pertama bersama Ezequiel Ham untuk menamatkan saingan 45 minit tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, bekas pemain San Lorenzo itu mula kelihatan hilangan rentak tatkala Socceroos menekan lawan ke-91 dunia itu dengan lebih hebat.

Hal ini terbukti apabila gol tunggal yang dijaringkan oleh Jackson Irvine berpunca daripada Jalil Elias yang hilang kawalan dalam kotak penalti.

Beliau cuba untuk mengekori rentak pemain tersebut namun terperangkap dengan gerakan lawan sekaligys berjaya menewaskan Ahmad Madanieh pada minit ke-68.

Pemain kelahiran Argentina ini juga menerima penilaian antara terendah dalam kalangan rakan sepasukannya iaitu 6.7 sepanjang 90 minit permainan.

Jalil hanya merekodkan 67 peratus ketepatan hantaran sebagai perancang tengah selain hilang posisi sebanyak 18 kali.

Beliau juga tewas 7 pertarungan bola di udara selain 4 hantaran jauhnya tersasar.

Qasioun Eagles ketika ini menghuni tangga ke-3 kumpulan dengan hanya satu mata daripada dua perlawanan namun masih menyalakan harapan ke pusingan kalah mati.

Video: Kesilapan Jalil Elias