AFC Asian Cup: Australia Hadapi Laluan Berliku Tewaskan Syria
Asia
MakanBola
AFC Asian Cup
Advertisements

Australia meneruskan momentum kemenangan apabila berjaya menghadapi laluan yang berliku menewaskan Syria pada perlawanan Kumpulan B Piala Asia 2023 sebentar tadi.

Aksi yang berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bermula garang, apabila saling berbalas serangan dalam memburu gol awal.

Advertisements

Peluang yang dibuka pertahanan Australia hampir mengembirakan peminat Syria pada minit akhir separuh masa pertama, namun sepakan deras, Ammar Ramadan daripada dalam kotak penalti tidak menemui sasaran ke gol.

Walau bagaimanapun, serangan bertubi-tubi daripada Syria ke atas Australia tidak dapat mengubah keputusan perlawanan. Aksi babak pertama berkesudahan seri tanpa jaringan.

Advertisements

Aksi sengit terus ditampilkan kedua-dua pasukan pada babak separuh masa kedua dengan Australia juga mendapat beberapa peluang menjaringkan gol namun gagal diterjemahkan dengan bentuk jaringan.

Advertisements

Usaha yang dilakukan Australia yang dibimbing pengendalinya, Graham Arnold akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya memecah kebuntuan dalam separuh masa kedua pada minit ke-59 dengan hanya menolak deras pemain tengah, Jackson Irvine sekaligus menewaskan penjaga gol Syria, Ahmad Madanieh.

Tersentak dengan jaringan pertama Australia, Syria terus mengubah corak permainan daripada bertahan ke serangan bagi memburu gol penyamaan.

Advertisements

Peluang serangan balasan daripada pemain Syria menerusi rembatan jauh luar kotak penalti pada minit ke-56 hampir membolosi penjaga gol Australia, Mathew Ryan.

Serangan demi serangan yang dilakukan kedua-dua pasukan untuk mencari gol masing-masing, namun tidak dapat mengubah keputusan perlawanan. Aksi berakhir dengan keputusan Syria 0-1 Australia.

Advertisements

Aksi saingan Kumpulan B seterusnya menyaksikan Australia bakal berdepan Uzbeskistan untuk aksi ketiga pada Selasa, 23 Januari 2024 sementara Syria bakal berdepan India pada Selasa, 23 Januari 2024.

Advertisements