AFC Asian Cup: Malaysia Terima Dua Khabar Gembira Berdepan Bahrain
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia menerima dua khabar gembira menjelang pertemuan berdepan pasukan ke-88 dunia, Bahrain pada 20 Januari 2024.

Skuad kebangsaan menerima tamparan hebat selepas tunduk kepada Jordan bagi aksi pertama Kumpulan E dengan keputusan 4-0.

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas prestasi yang ditampilkan oleh anak buahnya.

Advertisements

Perkembangan terbaru dari Qatar telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menyatakan perkhabaran terbaru mengenai bayangan kesebelasan utama negara.

Katanya, perancang tengah negara, Natxo Insa difahamkan telah cergas sepenuhnya dan berpotensi untuk diturunkan berdepan Bahrain.

Advertisements

“Natxo Insa bersedia, dijangka diturunkan bertemu Bahrain. Afiq Fazail tak sertai latihan, difahamkan alami kecederaan.”

Antara khabar lain yang diterima oleh kem negara adalah kepulangan tonggak tengah negara, Endrick Dos Santos menjalani latihan bersama pasukan.

Advertisements

Perkara ini telah pun dikemas kini oleh laman Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kehadiran pemain berusia 27 tahun itu yang disambut dengan penuh kegembirana oleh para penyokong.

Malaysia kini memburu tambahan mata FIFA selepas kehilangan -12.31 mata berdepan Jordan tempoh hari.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram