Ranking FIFA: Kedudukan Malaysia Menurun, Tolak Mata Maksimum
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ranking FIFA Malaysia: Hasrat penyokong Malaysia untuk melihat pasukan berada pada kedudukan lebih baik tidak kesampaian selepas skuad negara turun dua tangga.

Harimau Malaya berdepan pasukan ke-87 dunia, Jordan yang dibimbing oleh Hussein Ammouta yang menyaksikan pasukan kebangsaan terpaksa menelan hakikat yang begitu berat.

Malaysia tewas 0-4 kepada jaguh Timur Tengah itu sekaligus menyebabkan pasukan menghuni tangga tercorot Kumpulan E.

Advertisements

Sungguhpun melalui kempen yang cemerlang apabila naik 7 tangga ke kedudukan 130 dunia ketika kempen Kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia akhirnya terpaksa akur dengan kehandalan Jordan.

Kekalahan itu menyaksikan mata Malaysia turun dua tangga ke kedudukan 132 dunia dengan 1110 mata.

Advertisements

Cabaran hebat menanti Malaysia apabila bakal berdepan pasukan ke-86 dunia, Bahrain pada 20 Januari 2024 jam 10:30 malam.

Menang: +22.35 mata (124 Dunia)
Seri: +4.85 mata (128 Dunia)
Kalah: -12.65 mata (133 Dunia)

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram