Advertisement
AFC Asian Cup: Media Arab Bocorkan Masalah Utama Jordan
Asia
MakanBola
FA Jordan

AFC Asian Cup: Salah sebuah media Arab telah membocorkan kelemahan utama pasukan Jordan menjelang pertemuan dengan Malaysia.

Skuad kendalian Hussein Ammouta menerima beberapa cabaran hebat selepas berada dalam momentuk kurang cemerlang sejak beberapa perlawanan terakhir.

Perkara ini dikongsikan oleh bekas jurulatih pasukan kebangsaan Jordan, Yassin Amal tentang kedudukan semasa skuad ke-87 dunia itu yang masih memiliki beberapa orang pemain berkaliber.

“Saya tak fikir begitu. Jordan memiliki ramai pemain berkualiti yang diperlukan jurulatih di bahagian hadapan seperti Yazan Al Naimat, Sharara, Ali Olwan dan Anas Al-Awadat. Bahagian yang paling bermasalah untuk jurulatih (Hussein) Ammouta ialah ketidakstabilan di bahagian pertahanan terutama di bek tengah.”

“Terdapat banyak perubahan yang diharungi para pemain. Saya fikir masalah terbesar yang dihadapi (Jordan) semasa perlawanan ialah hilang fokus pada minit akhir perlawanan terutama dalam situasi set-piece dan saya banyak jaringkan gol pada tempoh berkenaan.”

Beliau bagaimanapun bersetuju bahawa aksi persahabatan hanyalah medan untuk jurulatih mencuba formula dan membentuk keserasian dalam kalangan pemain baharu dan lama.

“Tentang perlawanan persahabatan yang saya katakan, perlawanan persahabatan itu merupakan peluang untuk bereksperimen, mengenalpasti kesilapan dan pemanas badan sebelum kejohanan. Sebagai jurulatih, saya menyokong beliau bahawa perlawanan persahabatan merupakan peluang mengenalpasti kesilapan.

“Betul sebab ini Kejohanan Piala Asia. Semua perkara terdedah, tiada lagi ruang untuk melakukan kesilapan. Perkara ini sudah menjadi bualan di jalanan dan masyarakat lebih daripada enam bulan. Tiada ruang untuk melakukan kesilapan kerana semua pemain yang dicuba sudah tahu kekuatan dan kelemahan pasukan Jordan.”

Namun begitu, beliau yakin Jordan masih belum memiliki kesebelasan terbaik tatkala siangan berbaki kurang 24 jam.

“Hussein Ammouta belum lagi mendapat kesebelasan utama pilihannya. Kita mungkin akan dapat melihat dalam perlawanan menentang Qatar pada 5 Januari atau menentang Jepun pada 9 Januari. Ia satu misteri kerana sebelum kejohanan, anda turun menentang pasukan terkuat di Asia,” jelasnya kepada Alkass Sports TV.

Malaysia akan bertemu pasukan ke-87 dunia, Jordan pada 16 Januari 2024 jam 1:30 pagi.