Advertisements
AFC Asian Cup: Natxo Insa & Syamer Kutty Dinilai Sama Taraf Di Asia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

AFC Asian Cup: Peranan yang ditampilkan oleh dua pemain tengah negara, Natxo Insa dan Syamer Kutty menerima penilaian yang sama di Qatar.

Pemain berusia 37 tahun itu dimasukkan pada babak kedua untuk memberi keseimbangan kepada jentera tengah pasukan untuk mengambil peranan yang dibawa oleh Syamer pada babak pertama.

Impak yang dibawa oleh pemain tengah berpengalaman ini membantu rentak negara berdepan pasukan ke-86 dunia, Bahrain.

Namun begitu, gol saat akhir pemain sensasi lawan, Ali Madan memastikan kemenangan menjadi milik Bahrain untuk meraih 3 mata.

Menerusi penilaian yang diberikan oleh Sofascore kepada dua pemain ini, ‘rating’ yang sama telah direkodkan iaitu 6.4.

Syamer yang membentuk gandingan bersama Stuart Wilkin merekodkan 86 peratus ketepatan hantaran, menang dua perterungan bola di atas padang, memenangi dua kesalahan hasil terjahan lawan.

Pemain berusia 27 tahun ini bagaimanapun dilayangkan kad kuning selepas melakukan kekasaran terhadap pemain lawan.

Natxo yang baru pulih daripada kecederaan merekodkan 20 sentuhan dengan 76 peratus ketepatan hantaran.

Beliau juga berjaya melakukan dua hantaran jauh, memenangi dua pertarungan bola di atas padang dan melakukan satu terjahan.

Copy of Untitled Design 10 AFC Asian Cup: Natxo Insa & Syamer Kutty Dinilai Sama Taraf Di Asia

Malaysia akan melalui satu lagi aksi terakhir kumpulan menentang pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan pada 25 Januari 2024.