AFC Asian Cup: Pengadil Piala Dunia Dipilih Bagi Aksi Malaysia & Jordan
Asia
MakanBola
RFEF
Advertisements

Aksi Kumpulan E membabitkan Malaysia dan Jordan awal pagi esok bakal diadili oleh seorang pengadil yang pernah mengadili perlawanan Piala Dunia.

Pengadil Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammed Abdulla Hassan Mohamed dipilih sebagai pengadil bertugas untuk perlawanan Malaysia-Jordan.

Advertisements

Pengadil berusia 45 tahun itu merupakan pengadil berpengalaman dan memiliki lesen Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sejak tahun 2010.

Abdulla bukan saja pernah menjadi pengadil untuk Piala Dunia edisi 2018 dan 2022. Malah, beliau juga pernah menjadi pengadil untuk Piala Kelab Dunia FIFA 2021 dan Piala Asia edisi 2015 dan 2019.

Advertisements

Piala Dunia 2022 menyaksikan beliau mengadili perlawanan Sepanyol-Costa Rica dan Cameroon-Siberia. Manakala untuk edisi 2018, Abdulla bertanggungjawab mengadili perlawanan Perancis-Peru.

Kelibat Abdulla pastinya dikenali ramai pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dalam skuad negara seperti Arif Aiman Hanapi, Matthew Davies dan Corbin Ong.

Advertisements

Ini kerana beliau merupakan pengadil aksi kelima Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024 Kawasaki Frontale-JDT di Stadium Olahraga Todoroki.

Perlawanan tersebut menyaksikan Abdulla berusaha keras mengawal disiplin pemain kedua-dua pasukan. Pada akhir perlawanan, lima pemain Harimau Selatan dan dua pemain Gremio masing-masing menerima kad kuning.

Advertisements

Pengadil UAE itu juga pernah mencetuskan kemarahan pengurus legenda Itali, Marcello Lippi. Ini selepas Abdulla melayangkan dua kad merah kepada pemain Guangzhou Evergrande dalam aksi suku akhir ACL musim 2014.

Malaysia dan Jordan bakal bersemuka buat kali keenam di pentas antarabangsa di Stadium Al Janoub pada awal pagi 16 Januari ini.

Advertisements