ACL: JDT Tewas Kepada Kawasaki Frontale 5-0
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima tamparan hebat selepas tunduk kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 5-0.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan ketua jurulatih JDT, Tano Solari menurunkan jentera serangan utama iaitu Bergson, Heberty, Forestieri dan juga Arif Aiman.

Skuad Harimau Selatan turun dengan motivasi terbaik untuk mencari gol awal menerusi beberapa gerakan menarik.

Advertisements

Aksi yang berlangsung di Stadium Todoroki itu menyaksikan tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi percubaan Akihiro Ienaga yang mudah menolak masuk hantaran pendek rakan sepasukan pada minit ke-8.

Skuad Harimau Selatan memiliki dua peluang keemasan untuk meletakkan pasukan pada kedudukan lebih baik namun percubaan Bergson dan Oscar Arribas dinafikan oleh Jung Sung-ryung.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, giliran JDT mengatur gerak namun Kawasaki semakin sukar dihalang.

Advertisements

Kawasaki menambah tiga lagi gol menerusi percubaan cantik Leandro Damiao pada minit ke-50 sebelum Marcinho menambah derita menerusi gol tandukna hasil kelekaan Matthew Davies pada minit ke-60.

Kemasukan pemain gantian, Yu Kobayashi memberikan gol ke-4 buat anak didik Toru Oniki menerusi gol akrobatik di hadapan gawang menewaskan Ahmad Syihan Hazmi.

Advertisements

JDT cuba melakukan beberapa gerakan pada akhir permainan namun tidak berjaya diterjemahkan kepada jaringan sebelum pertahanan kanan, Miki Yamane menjaringkan gol kelima.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan di Jepun yang memihak kepada Kawasaki Frontale dengan keputusan 5-0.

Kawasaki Frontale kini memimpin carta Kumpulan l dengan 15 mata selepas 5 perlawanan disusuli dengan Ulsan yang melakar kemenangan ke atas BG Pathum.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram