Advertising
Penyerang ‘RM3.32 Juta’ Kawasaki Frontale Lesu, Peluang JDT Mendominasi
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Wakil Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL), JDT memiliki kelebihan apabila penyerang Kawasaki Frontale, Bafétimbi Gomis memberi kerisauan kepada penyokong tuan rumah.

Pemain berusia 38 tahun itu dibawa masuk ke dalam pasukan beberapa bulan lalu untuk menambah sengat kepada jentera serangan pasukan.

Ad

Kemasukan bekas penyerang berbisa Al-Hilal ini masih belum memberi impak yang diharapkan oleh ketua jurulatiu, Toru Oniki yang masih mencari formula terbaik buat pemain ini.

Ad

Gomis sudah diturunkan sebanyak 4 kali dalam saingan ACL namun tidak dapat mencetak sebarang gol setakat ini.

Beliau juga tidak meledak gol dalam saingan domestik selepas 7 perlawanan diturunkan.

Ad

Keadaan ini memberikan motivasi tambahan kepada JDT untuk mencuri mata penuh sambil momentum 4 kemenangan dalam 5 perlawanan akhir menjadi sandaran pasukan.

Ad

Skuad bimbingan Tano Solari juga sudah menjaringkan 15 gol dalam 5 aksi terakhir untuk membentuk persediaan terbaik bagi aksi ini.

JDT akan menempuhi cabaran hebat di laman lawan dalam misi menghidupkan peluang untuk mara ke pusingan kalah mati ACL kali ini.