Advertising
Azri Ghani: Bersaing Dengan Pemain JDT Jadi Motivasi Terbaik
Liga Super
MakanBola
azrighani30

Penjaga gawang Kuala Lumpur City FC, Azri Ghani mengakui bahawa persaingan di kem kebangsaan bersama pemain yang berkualiti membantu beliau menjadi lebih baik.

Azri Ghani yang ditemui selepas perlawanan menentang Kelantan United di Cheras berkata ianya suatu motivasi yang bagus buat dirinya untuk berada bersama pemain-pemain terbaik seperti pemain JDT di skuad kebangsaan.

Dalam masa yang sama, apa yang dipelajari sepanjang latihan bersama skuad kebangsaan akan beliau terapkan dan buktikan di kelabnya.

Ad

Beliau juga sentiasa memberikan aksi yang terbaik setiap kali dipanggil dan akan bersaing secara sihat untuk mendapatkan peluang beraksi di pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan.

Mengulas mengenai perlawanan Liga Super menentang Kelantan United, pemain berusia 24 tahun itu menganggap ianya rezeki buatnya apabila diturunkan dan tidak dibolosi bagi membantu pasukan meraih tiga mata.

Ad
Ad

Azri Ghani antara salah seorang penjaga gol yang dipanggil ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia yang lalu selain penjaga gol Johor Darul Ta’zim, Ahmad Syihan Hazmi dan Sikh Izhan dari Negeri Sembilan FC.

Ad

Pautan penuh: Temu Bual Azri Ghani