AFC Asian Cup: Penilaian Terhadap Matthew Davies & Romel Morales Mengejutkan Ramai Pihak
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Advertisements

Prestasi yang ditampilkan oleh Malaysia ketika tewas kepada Jordan mendukacitakan namun penilaian yang diberikan oleh dua orang pemain utama negara, Matthew Davies dan Romel Morales amat mengejutkan.

Harimau Malaya turun buat kali pertama dalam kempen Piala Asia 2023 bertemu pasukan ke-87 dunia, Jordan dengan misi meraih 3 mata pertama.

Advertisements

Hasrat itu lebur apabila pasukan bimbingan Kim Pan-gon dikalahkan 4-0 di tangan anak didik Hussein Ammouta.

Persembahan itu disusuli oleh penilaian yang agak mengejutkan terhadap kapten negara, Matthew Davies.

Advertisements

Pemain berusia 28 tahun itu diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan dan beraksi konsisten dalam beberapa perlawanan bersama Harimau Malaya.

Beliau bagaimanapun hanya dinilai setinggi 6.4 mata selepas 90 minit aksi di atas padang.

Advertisements

Matt merekodkan ketepatan hantaran sebanyak 80 peratus, melakukan 3 hantaran lintang, 8 hantaran jauh dan memenangi lima pertarungan bola di udara dan atas padang.

Namun begitu, pertahanan JDT ini telah digelecek sebanyak 3 kali, hilang posisi sebanyak 17 kali, memberikan penalti kepada lawan sekali dan juga melakukan kesalahan sekali menurut data Sofascore.

Advertisements

Romel Morales pula melakukan debut di Asia dengan agak pantas berdepan Jordan apabila terus diturunkan dalam kesebelasan utama Malaysia.

Advertisements

Sepanjang 63 minit beraksi, beliau melakukan satu percubaan, 20 sentuhan dan hanya 5 hantaran tepat.

7BCBEA16 2BD1 4449 B205 264CDC565281 AFC Asian Cup: Penilaian Terhadap Matthew Davies & Romel Morales Mengejutkan Ramai Pihak

Pemain berusia 26 tahun itu hilang posisi sebanyak 8 kali dan hanya merekodkan 56 peratus hantaran tepat.

Advertisements

Video: Malaysia vs Jordan