Advertisements
AFC Asian Cup: Petar Segrt Puji Semangat Luar Biasa Pemain Tajikistan
Asia
MakanBola
Tajikistan FF

Jurulatih Tajikistan, Petar Segrt memuji semangat luar biasa yang dipamerkan pemain Tajikistan untuk bangkit menewaskan Lubnan.

Tajikistan berjaya melangkah ke peringkat kalah mati apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan ditangga kedua setelah mengumpul 4 mata hasil 1 kemenangan, 1 seri dan 1 kekalahan.

“Perlawanan yang hebat. Jangan lupa bahawa dua gol kami dibatalkan. Walaupun itu keputusan yang betul dari pengadil namun ia mampu melemahkan mental pemain kami. Jadi saya amat berbangga dengan pemain Tajikistan yang tetap berikan tentangan hebat.”

“Lubnan bermain baik tetapi mereka kelihatan penat dan saya lihat Tajikistan mempunyai peluang jika mereka terus menyerang. Perlawanan seperti anda harus bermain sepenuh jiwa raga anda.” ujar Petar Segrt menurut AFC.

Malah jurulatih ini tidak dapat menyembunyikan kegembiraan beliau apabila menelefon bekas pengurus Jerman, Joachim Law untuk berkongsikan kemenangan tersebut.

“Pagi tadi saya bercakap dengan Joachim Law tentang perlawanan Tajikistan dan Lubnan. Layak ke Piala Asia menjadi impian kami dan sekarang kami layak ke peringkat kalah mati.” tambahnya.

Petar Segrt yang meraikan gol pada masa tambahan Tajikistan turut kehilangan kaca mata beliau sewaktu bersorak dengan para pemain Tajikistan.

Tajikistan yang memenangi Pesta Bola Merdeka tahun lalu meneruskan momentum cemerlang mereka apabila pertama kali melayakkan diri ke peringkat kalah mati Piala Asia 2023 setelah menewaskan Lubnan 2-1 dalam perlawanan ketiga kumpulan A.

Sebelum ini jurulatih Tajikistan itu menarik perhatian ramai apabila memberikan sindiran terhadap pengadil perlawanan Qatar menentang Tajikistan dengan berharap pengadil itu selamat dalam perjalanan pulang.