AFC Asian Cup: Qatar Buatkan Ranking Lubnan Jatuh Menjunam
MakanBola
AFC Asian Cup
Sponsors

Pasukan tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar mempamerkan taring mereka dengan mudah menewaskan Lubnan 3-0 pada aksi pembukaan. Kemenangan itu membuatkan ranking FIFA Lubnan jatuh.

Melalui hantaran yang dikongsikan oleh Footy Rankings di laman X, kekalahan kepada Qatar menjadikan mata ranking FIFA Lubnan ditolak 10.75 mata dan sekali gus menyaksikan Lubnan jatuh dua anak tangga di ranking ke-109 dunia.

Ad
Sponsors

Berbeza dengan Qatar yang ditambah sebanyak 10.75 mata ranking FIFA untuk naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan ranking ke-57 dunia daripada kedudukan asal iaitu di kedudukan ke-58 dunia.

Ad

Dalam perlawanan pembukaan semalam, Qatar berjaya menggembirakan para penonton dengan aksi memukau. Tiga gol Qatar dijaringkan oleh pemain sayap, Akram Afif yang meledak dua gol. Satu lagi gol Qatar dijaringkan Almoez Ali.

Ad

Qatar kini memimpin kumpulan A dengan mengumpul 3 mata. Turut berada di dalam kumpulan A adalah China dan Tajikistan. Perlawanan di antara China dan Tajikistan bakal berlangsung 10.30 malam ini di Stadium Abdullah bin Khalifa.

Ad

Mengikut ramalan dari pakar simulasi Belanda, Dan Jager, Qatar dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke pusingan kalah mati dan diikuti oleh skuad kebangsaan China.

Ad

Mengikut peraturan pertandingan, dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan 16 terakhir manakala empat pasukan yang berada di tempat ketiga terbaik turut layak ke pusingan 16 terakhir.