AFC Asian Cup: Roberto Mancini Jawab Keputusan Pemain Arab Saudi Tolak Panggilan Negara
Asia
Saudi Arabia FF
Advertisements

Pengendali Arab Saudi, Roberto Mancini mengakui terkejut dengan tindakan beberapa pemain negara itu menolak peluang beraksi dalam skuad kebangsaan.

Sebelum ini, penyokong Arab Saudi terkejut apabila bekas pengurus Itali itu menggugurkan tiga pemain iaitu Nawaf Al-Aqidi dan Ayman Yahya (Al-Nassr) serta Abbas Al-Hassan.

Tempat mereka digantikan dengan tiga pemain lain iaitu Mohammed Al-Burayk dan Mohammed Al-Yami (Al-Hilal) serta Talal Haji (Al-Ittihad).

Advertisements

Selain mereka, beberapa nama yang sinonim dengan Arab Saudi juga tidak dipanggil Mancini seperti Salman Al-Faraj dan Sultan Al-Ghannam.

Apabila ditanya tentang hal tersebut dalam sidang media pra-perlawanan hari ini, Mancini berbuat demikian kerana hanya mahukan pemain yang komited untuk The Green Falcons.

Ini disebabkan ada pemain yang lebih berminat tentang masa permainan bersama Arab Saudi daripada memikirkan penghormatan mewakili negara itu ke Asia.

Advertisements

Bagi bekas pengurus Manchester City itu, mentaliti tersebut tidak sepatutnya wujud dalam kalangan pemain Arab Saudi. Ini kerana bermain untuk The Green Falcons merupakan satu penghormatan bagi mana-mana pemain yang dipilih.

“Jika anda tanya tentang pemain-pemain ini, mereka tidak mahu datang ke skuad kebangsaan. Itu keputusan mereka, bukan saya. Semua pemain ini berada dalam senarai (awal pemain ke Piala Asia 2023).

“Salman (Al-Faraj) beritahu saya beliau tidak mahu bermain dalam perlawanan persahabatan. Saya tak fikir seorang pemain boleh memberitahu saya sama ada boleh bermain atau tidak.

Advertisements

“Sultan (Al-Ghannam) memberitahu saya, ‘Jika saya tak bermain, saya takkan datang.’ Tiada seorang pemain pun boleh suruh saya tentukan boleh bermain atau tak. Itu keputusan saya dan dia putuskan untuk tidak datang.

“Nawaf (Al-Aqidi) pula memberitahu saya bahawa dia akan hadir. Tetapi beberapa hari selepas itu, dia kata dia tak mahu datang. Kita sudah ada skuad dan kita letakkan nama dia dalam senarai (26 pemain ke Piala Asia 2023).

“Dan tiga hari lepas, dia beritahu jurulatih penjaga gol dan beritahu, ‘Saya tak mahu kekal di sini jika saya tidak bermain.’ Tiada siapa pun tahu kesebelasan utama untuk perlawanan esok dan saya tak tahu kenapa perkara ini terjadi.

Advertisements

“Tapi saya mahu pemain yang mahu berjuang untuk negaranya. Saya tak mahu pemain yang menunjukkan perangai sebegini,” katanya hari ini.

Arab Saudi bakal memulakan kempen Kumpulan F dengan menentang Oman pada awal pagi 17 Januari ini di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram