Advertisements
AFC Asian Cup: Seorang Pemain Malaysia Berlatih Sendirian Menjelang Aksi Lawan Bahrain
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia dijangka memiliki skuad lengkap menjelang pertemuan dengan Bahrain bagi aksi kedua peringkat Kumpulan E malam ini.

Advertisement

Perkembangan terbaru menyaksikan Harimau Malaya memiliki skuad lengkap untuk berdepan pasukan ke-87 dunia itu selepas tewas 0-4 kepada Jordan.

Ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon optimis dengan kemampuan barisan pemainnya sambil mahu mengekalkan identiti berdepan jaguh Timur Tengah itu.

Advertisement

Sebelum ini, skuad negara kehilangan beberapa tonggak penting seperti Corbin-Ong, Natxo Insa dan Endrick Dos Santos susulan kecederaan.

Keadaan ini bagaimanapun sudah diatasi apabila Corbin turut berada dalam kesebelasan utama bertemu Jordan manakala Natxo dilaporkan sudah cergas sepenuhnya.

Advertisement

Menerusi laporan oleh wartawan terkemuka, Zulhelmi Zainal Azam, perancang tengah negara, Endrick Dos Santos kini menjalani latihan berasingan selepas mengalami kecederaan.

Advertisement

Pemain lain difahamkan berada dalam keadaan cergas sepenuhnya untuk berdepan Bahrain malam ini.

Antara watak penting yang dijangka terus memainkan peranan dalam kesebelasan utama ialah Arif Aiman, Dion Cools, Syihan Hazmi sambil beberapa pemain simpanan akan diberi peranan berbeza bagi aksi ini.

Advertisement

Aksi Bahrain dan Malaysia akan berlangsung di Stadium Jassim bin Hamad pada jam 10:30 malam, 20 Januari 2024.