AFC Asian Cup: Netizen Malaysia Sambut Baik Kemenangan Indonesia, Mohon Doa Kemenangan Malaysia Pula
Asia
FA Malaysia/Timnas Indonesia
Advertisements

AFC Asian Cup: Kemenangan Timnas Indonesia berdepan jaguh Asia Tenggara, Vietnam semalam telah mengetuk pintu hati netizen Malaysia untuk menzahirkan penghargaan kepada rakan serumpun itu.

Skuad kendalian Shin Tae-yong berjaya bangkit selepas ditundukkan oleh Iraq dengan keputusan 3-1 tempoh hari.

Kemenangan menerusi gol tunggal kapten pasukan, Asnawi Mangkualam sudah cukup untuk memastikan harapan Sang Garuda untuk ke pusingan kalah mati kekal menyala.

Advertisements

Kejayaan itu telah mendapat ucapan tahniah daripada puluhan ribu rakyat Malaysia yang kagum dengan semangat juang Indonesia di Qatar.

Netizen Malaysia juga berharap agar kemenangan tersebut dapat menjadi inspirasi kepada pemain Harimau Malaya untuk turut merakamkan kejayaan sama.

“Mantap jiranku, semoga kemenangan juga bakal menjadi milik Malaysia juga.”

Advertisements

“Malaysia ayuh kita pula menang esok.”

Terdapat juga penyokong Indonesia yang sempat menitipkan pesanan dan memberi semangat kepada Harimau Malaya untuk turut meraih kemenangan ke atas Bahrain.

“Alhamdulillah untuk kami (Indonesia), esok untuk kalian pula (Malaysia).”

Advertisements

“Ayuh Malaysia, kalian pasti mampu, kita sama-sama ke pusingan 16 terbaik,” ujar Novi.

Skuad kebangsaan dijadualkan bertemu Bahrain pada jam 10:30 malam di Stadium Jassim bin Hamad, Qatar.

Video: Indonesia vs Vietnam

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram