AFC Asian Cup: Syamer Kutty Hormat Keputusan Kim Pan-gon
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah negara, Syamer Kutty Abba menghormati keputusan Kim Pan-gon yang bertindak mengeluarkan pemain tersebut pada awal babak kedua sewaktu menentang Bahrain.

Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon membawa masuk Natxo Insa untuk menggantikan Syamer Kutty yang telah menerima kad kuning pada minit ke-19 akibat mengasari pemain Bahrain.

“Sejujurnya dalam perlawanan menentang Bahrain saya mempunyai beberapa kali momen bagus dan beberapa kali melakukan kesilapan. Saya tidak berpuas hati dengan persembahan saya dalam perlawanan ini.”

Advertisements

“Saya hormati keputusan jurulatih untuk mengeluarkan saya tetapi saya akan buat lebih baik dan belajar dari tindakan saya selepas ini.” ujar Syamer menurut Astro Arena.

Pemain tengah berusia 27 tahun itu merekodkan 86% ketepatan hantaran dan turut memenangi 2 daripada 6 kali perebutan bola di kaki dalam perlawanan tersebut menurut Sofascore.

Advertisements

Jaringan minit akhir Ali Madan memberikan kemenangan bermakna buat Bahrain sekali gus menutup impian besar Harimau Malaya untuk meraih mata pertama di Qatar.

Namun Kim Pan-gon tidak mahu menunding jari kepada para pemain Malaysia sebaliknya mengakui beliau bertanggungjawab atas kekalahan Malaysia kepada Bahrain sewaktu sidang media setelah tamat perlawanan.

Advertisements

Malaysia kini tersingkir daripada saingan Piala Asia 2023 tetapi masih mempunyai baki satu perlawanan menentang gergasi Asia, Korea Selatan pada 25 Januari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram