AFC Asian Cup: Terjahan Gusti Pemain Lubnan Undang Kontroversi
Asia
MakanBola
CBS Sports Golazo
Advertisements

Aksi kedua Kumpulan A membabitkan China dan Lubnan diselubungi kontroversi gara-gara terjahan keras pemain pertahanan The Cedars, Khalil Khamis.

Babak pertama perlawanan itu jadi panas apabila Khamis melakukan terjahan ala gusti ke arah Dai Wai Tsun pada minit ke-12.

Advertisements

Sebaik melihat insiden tersebut, pengadil perlawanan, Ko Hyung-jin menghentikan perlawanan bagi membolehkan pasukan perubatan Dragon’s Team membantu Wai Tsun.

Apa yang membuatkan peminat bola sepak keliru ialah tiada layangan kad oleh pengadil, baik kad kuning atau kad merah diberi kepada Khamis atas terjahan yang dilakukan.

Advertisements

Semakan oleh pembantu pengadil video (VAR) juga tidak membawa sebarang tindakan disiplin ke atas bek tengah Al-Ahed itu.

Dengan aksi fizikal yang ditampilkan kedua-dua pasukan, hanya satu kad kuning yang dilayangkan oleh Hyung-jin dalam perlawanan tersebut. Kad kuning tunggal perlawanan dilayangkan kepada penyerang China, Zhang Yuning.

Advertisements

Perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan buat kedua-dua pasukan. China kini menduduki tempat kedua Kumpulan A dengan dua mata dengan Lubnan di tangga tercorot kumpulan dengan satu mata.

Nama Khamis dikenali peminat bola sepak Malaysia terutama pasukan Sri Pahang FC. Ini kerana beliau pernah beraksi bersama pasukan itu pada musim 2020.