Advertisement
AFC Asian Cup: Giliran Lubnan Ikat China
Asia
MakanBola
AFC Asian Cup

Lubnan dan China terikat seri tanpa jaringan sekali gus menambah kemarau kemenangan China dalam Piala Asia 2023 manakala Lubnan raih mata pertama di Piala Asia 2023.

Skuad kendalian Aleksandar Jankovic turun dengan sistem bek berlima dalam perlawanan yang dibarisi Liu Binbin, Zhang Linpeng, Tyias Browning, Zhu Chenjie dan Liu Yang.

Lubnan pula bermain dengan formasi 3-4-1-2 dimana Hassan Maatouk dan Omar Bugiel bergandingan selaku penyerang utama pasukan.

Awal babak permainan menyaksikan Lubnan lebih banyak melakukan asakan namun persembahan anak buah Miodrag Radulovic ini terganggu apabila pemain pertahanan, Alexander Michel mengalami kecederaan.

Michel terpaksa dibawa keluar pada minit ke-18 dan digantikan dengan Mansour Nour.

China yang turut digelar sebagai Dragon’s Team kemudian perlahan-lahan meraih momentum untuk kembali mengancam kubu pertahanan Lubnan namun tiada gol yang terhasil sehingga tamat separuh masa pertama.

Bermula babak kedua, China lebih kemas mengatur serangan dan kerap kali melakukan percubaan terhadap Lubnan.

China hampir meraih gol pertama pada awal minit 60 dan 80 permainan namun percubaan menerusi tandukan itu tersasar dari gawang gol.

Memasuki masa tambahan ke-93, Lubnan berpeluang melancarkan serangan tetapi benteng pertahanan China menggagalkan hasrat Lubnan.

China hampir mengejutkan Lubnan pada minit ke-96 tetapi penjaga gol Mustafa Matar menangkap kemas bola percubaan lawan.

Tamat perlawanan, Lubnan dan China sekadar seri 0-0 sekali gus menghadiahkan 1 mata buat kedua-dua pasukan.

China kini mengumpul 2 mata dan berada ditangga kedua manakala Lubnan meraih 1 mata berharga dan berada ditangga terakhir dalam kumpulan A Piala Asia 2023.