AFC Asian Cup: Penyokong China Berang, Anggap Kemenangan Pertama ‘Dirompak’
Asia
MakanBola
AFC Asian Cup
Advertisements

AFC Asian Cup: Sebilangan penyokong China menzahirkan rasa kurang senang terhadap keputusan perlawanan semalam selepas menganggap kemenangan ke atas Tajikistan telah dirompak.

Skuad kendalian Aleksandar Jankovic mahu memadam rekod buruk sejak beberapa perlawanan apabila bertemu pasukan ke-106 dunia itu.

Advertisements

Sungguhpun aksi lebih banyak didominasi oleh anak buah Petar Segrt, China tampil lebih baik pada babak kedua menerusi beberapa peluang yang hampir memberi tiga mata.

Detik yang menjadi persoalan apabila perlawanan memasuki minit ke-82 selepas sepakan penjuru The Red Dragons ditanduk masuk oleh pertahanan tengah, Chinje Zhu.

Advertisements

Gol tersebut dibatalkan hasil pemeriksaan Video Assistance Refferee (VAR) mengesahkan gol tersebut tidak dikira setelah ada kesalahan ofsaid yang dilakukan dalam kotak penalti.

Sebilangan penyokong yang hadir ke stadium seakan tidak percaya dengan keputusan tersebut selain siaran langsung juga mendapat tentangan yang hebat.

Advertisements

Antara komen yang ditemui di laman siaran langsung Weibo adalah luahan rasa kurang senang dan menganggap kemenangan pasukan mereka telah dirompak.

Namun begitu, penyokong China jelas kecewa selepas. pasukan tersebut membiarkan aksi didominasi oleh lawan yang lebih rendah kedudukannya.

Advertisements

“Apa yang mereka semua bermain, yang berada di kedudukan ke-79 sedang diasak oleh lebih daripada 130. Menghabiskan begitu banyak wang untuk latihan adalah sia-sia.”

Advertisements

“Tiada visi, tiada hantaran, tiada hantaran, lawan juga mudah untuk mendapatkan bola bahagian tengah. Kombinasi apa yang digunakan oleh jurulatih. Latihan remaja Tajikistan lebih baik daripada kita,” ujar penyokong China.

China akan bertemu Lubnan bagi aksi seterusnya pada 17 Januari 2024 sementara Tajikistan akan melayan juara bertahan, Qatar.