AFC Asian Cup: Tajikistan Ikat China Hingga Buntu
Asia
AFC Asian Cup
Advertisements

China dan Tajikistan turun ke Stadium Abdullah bin Khalifa untuk aksi pertama mereka dalam peringkat kumpulan A Piala Asia 2023.

China menurunkan pemain-pemain terbaik mereka seperti Zhang Linpeng selaku pertahanan tengah dan gandingan Wu Lei bersama Tan Long selaku penyerang utama pasukan.

Tajikistan yang berada di ranking ke-106 dunia pula meletakkan Rustam Soirov selaku penyerang tunggal.

Advertisements

Babak pertama perlawanan menyaksikan beberapa kali lorongan bola daripada pemain tengah China tersekat sebelum dapat memasuki kawasan kotak penalti Tajikistan.

Tajikistan pula lebih selesa melancarkan serangan pantas dan berjaya melakukan beberapa percubaan namun gagal menerjah gawang gol lawan.

Advertisements

Babak pertama perlawanan berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Memasuki babak kedua, China dan Tajikistan cuba untuk mencari gol pertama perlawanan menerusi beberapa siri percubaan tetapi semuanya tidak berjaya.

Advertisements

China kemudian melakukan beberapa pertukaran dengan mengeluarkan dua penyerang utama mereka dan membawa masuk Lin Liangming dan Zhang Yuning untuk menambah sengat serangan.

Memasuki minit ke-74, Parvizdzhon Umarbayev dilayangkan kad kuning pertama setelah melakukan kekasaran terhadap pemain China.

Advertisements

Gol pertama hampir menjelma setelah Zhu Chenjie menanduk masuk bola daripada sepakan sudut pada minit ke-80 perlawanan namun gol tersebut dibatalkan VAR kerana kedudukan offside.

Tajikistan lebih banyak melakukan percubaan berbanding China dalam perlawanan ini tetapi kedua-dua pasukan buntu untuk menjaringkan gol.

Tamat perlawanan, China dan Tajikistan terikat seri 0-0 dan masing-masing meraih 1 mata berharga untuk aksi pertama Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram