Ads
Asia
FA Hong Kong

Kekalahan memalukan di tangan Hong Kong menyaksikan pemain China didenda oleh ketua jurulatih, Aleksandar Jankovic.

Advertisements

Pasukan ke-79 dunia itu menempuhi prestasi yang cukup menggusarkan selepas tewas mengejut kepada pasukan ke-150 dunia, Hong Kong dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Tiga orang pemain China juga dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut sekaligus memberikan amaran penting mengenai prestasi pasukan ke Piala Asia.

Advertisements

Advertisements

Susulan prestasi hambar dalam beberapa aksi sebelum ini, pengendali kelahiran Croatia itu memilih untuk membatalkan waktu rehat pemain China dan terus memulakan latihan awal.

Menerusi laporan dari media China, Jankovic meminta agar para pemainnya turun untuk memulakan latihan seawal jam 6:30 pagi sebagai amaran keras terhadap prestasi terumbang-ambing pasukan.

Advertisements

China sebelum ini tewas 0-3 kepada Korea Selatan dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 selain turut kalah dua aksi persahabatan berdepan Uzbekistan dan juga Syria.

Malah, Malaysia juga berjaya mencuri mata penting FIFA daripada China sekaligus membantu Harimau Malaya untuk melonjak ke kedudukan 130 dunia ketika ini.

@fariszukeiman

Malaysia Ke Piala Asia bukan untuk makan angin. ✍️ Follow: @MakanBola #MakanBola #Malaysia #DarrenLok #HarimauMalaya #PialaAsia

♬ original sound – faris.z – faris.z

China diundi dalam Kumpulan A di Piala Asia dan akan membuka tirai berdepan Tajikistan pada 13 Oktober 2023 jam 10:30 malam.

Advertisements

China juga tewas dalam satu aksi persahabatan menentang Oman dengan keputusan 2-0.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram