Skuad kebangsaan China bukan saja ditimpa malang kerana tewas 2-1 kepada Hong Kong semalam.
Malah, Pasukan Naga itu terpaksa beraksi dengan sembilan pemain kerana gagal mengawal disiplin semasa perlawanan berlangsung.
Walaupun mendahului menerusi gol awal penyerang Changchun Yatai, Tan Long pada minit kesembilan, kecemerlangan pasukan itu gagal diteruskan pada babak kedua.
China tergamam apabila Poon Pui Hin menyamakan kedudukan buat The Dragons pada minit ke-51.
Mereka kemudiannya ditimpa malang apabila pengadil membuang padang Wang Shangyuan pada minit ke-54. Pasukan Naga makin tertekan apabila Pui Hin meledakkan gol kedua lima minit selepas itu.
Tidak cukup dengan itu, penolong jurulatih China, Marko Perovic dan Wu Shaocong turut dibuang padang masing-masing pada minit ke-61 dan 73.
Keputusan itu sudah cukup untuk membantu anak buah Jorn Andersen meraih kemenangan pertama ke atas China sejak 1985.
Keputusan perlawanan itu dijangka memberi tekanan kepada pengendali China, Aleksandar Jankovic menjelang aksi pertama Kumpulan A pada 13 Januari ini.
Pasukan Naga akan berdepan juara Pestabola Merdeka 2023, Tajikistan pada 13 Januari di Stadium Abdullah bin Khalifa di Doha, Qatar.