China Diaibkan Hong Kong
Asia
Hong Kong FA
Advertisements

Pasukan yang menghuni ranking di tangga ke-79 dunia, China melalui persiapan memeritkan ke Piala Asia 2023 Qatar selepas dimalukan Hong Kong dalam satu aksi persahabatan.

Perlawanan yang diadakan secara tertutup di Abu Dhabi itu menyaksikan mesin gol Hong Kong, Poon Pui-hin menjaringkan dua gol untuk menjamin kemenangan buat Hong Kong biarpun pada awalnya ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama.

Manakala gol tunggal China dijaringkan oleh Tian Long pada minit ke-9 perlawanan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Baniyas itu berakhir dengan kedudukan 2-1 memihak Hong Kong.

Advertisements

Perlawanan persahabatan ini diadakan sebagai salah satu medium persiapan buat China dan Hong Kong bagi menghadapi Piala Asia 2023 yang bermula pertengahan bulan ini.

Ini merupakan kali pertama China ditewaskan Hong Kong untuk tempoh 29 tahun dan sememangnya keuputusan ini mengejutkan banyak pihak terutamanya penyokong China.

Advertisements

Biarpun ini bukanlah perlawanan yang diiktiraf FIFA namun ianya cukup bermakna buat Hong Kong yang gagal memenangi perlawanan ke atas China sejak 1995 lagi.

Di Piala Asia 2023, Hong Kong diletakkan di dalam kumpulan C bersama-sama Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iran dan Palestin. Manakala China pula diletakkan di dalam kumpulan A bersama-sama tuan rumah Qatar, Lubnan dan Tajikistan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram