AFC Asian Cup: Tular Aksi Tangkas Penjaga Gol Jepun Setanding Onana
Asia
MakanBola
FA Japan
Advertisements

Aksi penjaga gol kebangsaan Jepun, Zion Suzuki kembali mencuri tumpuan selepas aksinya dikatakan mirip penjaga gol Manchester United, Andre Onana.

Pemain berusia 22 tahun itu diberi tanggungjawab untuk mengemudi gawang gol Samurai Biru pada aksi pertama kumpulan berdepan pasukan ke-94 dunia, Vietnam.

Advertisements

Sungguhpun mencatatkan kemenangan besar 4-2 ke atas pasukan bimbingan Phillipe Troussier, kelibat penjaga gol muda ini sedikit mencemaskan jaguh Asia itu.

Keadaan bermula pada gol penyamaan Vietnam apabila tandukan Nguyen Dinh Bac berjaya menemui gawang untuk menewaskan Suzuki.

Advertisements

Penjaga gawang Sint-Truiden di Belgium itu bagaimanapun melakukan kesilapan besar yang membolehkan Vietnam menjaringkan gol kedua.

Keadaan berpunca apabila sepakan percuma yang diperoleh pasukan yang terkenal dengan jolokan Golden Star Warrior berjaya ditampan oleh Suzuki namun Tuai Hai Pham yang menanti di hadapan gawang.

Advertisements

Tindakan kurang kemas penjaga gol muda itu menyebabkan Jepun ketinggalan 1-2 namun diselamatkan oleh magis Takumi Minamino.

View this post on Instagram

A post shared by 日本サッカー協会(JFA)/日本代表/なでしこジャパン (@japanfootballassociation)

Advertisements

Anak buah Hajime Moriyasu mengakhiri saingan tersebut dengan kemenangan 4-2 berdepan Vietnam untuk memungut 3 mata pertama peringkat kumpulan.

Jepun yang berada pada kedudukan ke-17 dunia akan berdepan Iraq bagi aksi kedua pada 19 Januari 2024 sementara Vietnam melayan cabaran Indonesia pada hari yang sama.

Advertisements

Video: Kesilapan penjaga gol Jepun setanding Onana

Advertisements