Advertisement
AFC Asian Cup: UAE Tumbangkan Hong Kong
Asia
MakanBola
UAE Football Team

UAE bermula langkah kanan apabila berjaya menumbangkan Hong Kong dalam aksi pertama kumpulan C Piala Asia 2023.

UAE menurunkan penyerang muda berusia 19 tahun, Sultan Adill selaku penyerang utama pasukan manakala Hong Kong pula mempertaruhkan Matthew Orr diposisi penyerang tengah.

Hong Kong cuba melancarkan serangan pada babak awal permainan namun UAE pantas mendapatkan tempo untuk mengawal penguasaan bola dalam perlawanan ini.

Perlawanan sedikit kecoh apabila VAR memberikan sepakan penalti kepada UAE setelah mengesan tangan pertahanan Hong Kong, Olvier Gerbig terkena bola dalam kawasan kotak penalti.

UAE membuka tirai jaringan menerusi penyerang muda, Sultan Adill Alamiri yang mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-34.

Bermula aksi separuh masa kedua, Hong Kong yang pantas melakukan asakan ternyata telah membuahkan hasil apabila meraih gol penyamaan 4 minit sejurus wisel sepak mula ditiupkan.

Chan Siu Kwan menyambut tepat bola hantaran lintang daripada pemain sayap, Everton Camargo untuk menewaskan penjaga gol UAE.

Tersentak dengan gol tersebut, UAE pantas menyerang balas dan situasi kecoh dihadapan gol berjaya dimanfaatkan Sultan Zayed yang menyambut bola muntah penjaga gol Hong Kong. Baru 3 minit berselang dan UAE kembali berada dihadapan.

VAR sekali lagi mewarnai perlawanan ini apabila menidakkan sepakan penalti untuk UAE pada minit ke-73.

UAE jelas mendominasi penguasaaan bola namun mereka turut membenarkan Hong Kong melancarkan beberapa percubaan terhadap gawang gol mereka.

VAR sekali lagi memberikan UAE sepakan penalti dan Yahya Al-Ghassani tenang menjaringkan gol ketiga pasukan.

Disaat tiupan wisel semakin mendekat, pemain gantian Hong Kong iaitu Michael Udebuluzor berjaya menjaringkan gol kedua pasukan namun gol tersebut dibatalkan VAR.

Tamat perlawanan, UAE berjaya menewaskan Hong Kong dengan jaringan 3-1 di Stadium Khalifa International.

UAE kini berada ditangga pertama kumpulan C setelah meraih 3 mata namun kedudukan mungkin berubah berdasarkan kelebihan jaringan dalam perlawanan Iran menentang Palestine kelak.