AFC Beri ‘Lampu Hijau’ Harimau Malaya Diurus Entiti Luar
MakanBola
Aima/MakanBola
Sponsors

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak akan menghalang andainya skuad Harimau Malaya bakal diuruskan oleh sebuah entiti luar kelak.

Perkara ini dijelaskan oleh Setiauasaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John mengenai desas-desus skuad bola sepak kebangsaan yang bakal diuruskan entiti luar dan bergerak berasingan.

Ad
Sponsors

Menurut beliau, keutamaan harus diberikan kepada pihak AFC untuk meneliti terlebih dahulu laporan dari Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkenaan perancangan ini.

Ad

”Yang pertama sekali kita harus lihat, laporan (mengenai) bagaimana projek ini akan dilakukan, kata beliau kepada Astro Arena.

Tambah beliau, terma projek digunakan bagi merujuk kepada idea agar Harimau Malaya ‘bergerak sendiri’ ini kerana mahu badan induk itu kekal bertanggungjawab di atas pelan ini.

Ad

“Saya gunakan perkataan projek kerana semuanya harus dilakukan di bawah penguasaan atau tanggungjawab FAM,” jelas beliau lagi.

Ad

”Jadi, FAM yang kami (AFC) iktiraf sebagai badan induk bola sepak (Malaysia) dan apa sahaja yang dilakukan di bawah FAM adalah projek.”

Ad

Sekiranya projek ini masih di bawah tanggungjawab FAM, maka AFC tiada hak untuk menghalang namun penggunaan kata penswastaan itu bagi beliau kurang tepat untuk merujuk kepada pelan ini.

“Kalau projek, maka tiada masalah dan sebab itulah saya katakan penggunaan perkataan penswastaan itu kurang tepat,” ujar beliau ketika ditemui di Kuala Lumpur pada Rabu.

Skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti bakal berdepan New Zealand pada Oktober ini dan giat merangka persiapan bertemu beberapa negara lain dalam aksi persahabatan.