Ads
Malaysia Sah Bertemu New Zealand
Harimau Malaya
FA MALAYSIA

Skuad kebangsaan Malaysia secara rasminya akan menguji kekuatan New Zealand Oktober ini.

Advertisements

Perkara ini disahkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bahawa skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti akan mengadakan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang pasukan ranking ke-94 dunia, New Zealand.

Advertisements

Aksi tersebut dijangka berlangsung di Stadium North Harbour, Auckland pada Isnin, 14 Oktober 2024.

Advertisements
Advertisements

Kali terakhir skuad Harimau Malaya bertemu New Zealand ialah 18 tahun yang lalu iaitu ketika skuad yang dibimbing Norizan Bakar ketika itu tewas 1-0 pada aksi persahabatan pertama di Christchurch pada 19 Februari 2006.

Harimau Malaya turut tewas 2-1 pada aksi persahabatan kedua di Auckland pada 23 Februari 2006.

Advertisements

Perlawanan tersebut bakal berlangsung dalam Kalendar Antarabangsa FIFA, 7 hingga 15 Oktober 2024.

Skuad Harimau Malaya yang ketika ini berada di ranking ke-134 dunia terdahulu berpeluang untuk memperbaiki mata ranking FIFA apabila bakal berdepan pasukan ranking ke-147 dunia, Filipina pada perlawanan pertama Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Rabu, 4 September 2024.

Sekiranya menewaskan Filipina, skuad Pau Marti akan ke Final Pestabola Merdeka 2024 pada 8 September menentang Tajikistan (ranking 103) atau Lubnan (ranking 116).

Advertisements

Namun begitu, sekiranya tewas kepada Filipina, skuad kebangsaan akan beraksi pada Penentuan Tempat Ke-3 pada hari yang sama.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram