Naib Juara Liga Super 2023, Selangor FC menghadapi laluan berliku bagi aksi AFC Champions League 2 (ACL2).
Susulan balang undian menyaksikan Naib juara Piala FA Korea 2023, Jeonbuk Hyundai berada dalam Balang 1 bersama-sama Sanfrecce Hiroshima, pasukan No.3 Liga China, Zhejiang FC dan naib juara Liga Thailand, Bangkok United.
Selangor FC pula berada dalam Balang 2 bersama pasukan ketiga Liga Thailand, Port FC, juara Piala Australia, Sydney FC dan juara Liga Vietnam, Nam Dinh FC.
Balang 3 pula terdiri daripada kelab Hong Kong, Lee Man, Kaya FC-Iloilo (Filipina), Lion City Sailors FC (Singapura) dan Muangthong United (Thailand).
Balang 4 dihuni oleh Eastern FC (Hong Kong), Dynamic Herb Cebu FC (Filipina), Tampines Rovers FC (Singapura) dan Persib Bandung (Indonesia).
Undian yang berlangsung di Intercontinental Hotel, Kuala Lumpur pada 16 Ogos 2024 jam 3 petang oleh AFC menyaksikan Selangor diundi dalam Kumpulan H bersama Jeonbuk Hyundai, Muangthong United dan juga Dynamic Herb Cebu FC.
Saingan peringkat kumpulan menyaksikan 8 kumpulan dengan 4 pasukan dalam setiap satu kumpulan akan dibentuk yang bakal bermula pada 17 September hingga 5 Disember 2024 secara round robin iaitu aksi di laman sendiri dan tempat lawan.
Aksi peringkat pusingan 16 terbaik hingga separuh akhir bakal berlangsung dengan format timbal balik bermula 11 Februari hingga 16 April 2025.
Perlawanan akhir ACL2 dijangka berlangsung pada 17 Mei 2025.