Ads
Selangor Buktikan Pembelian Alvin Fortes Berbaloi
Liga Super
Selangor FC

Selangor FC membuktikan keputusan untuk membawa masuk pemain sayap lincah, Alvin Fortes pada awal musim ini adalah sesuatu yang berbaloi.

Advertisements

Pemain sayap berusia 30 tahun itu menjadi salah satu watak penting di bahagian sayap kiri Gergasi Merah dengan memperagakan kelincahan yang acap kali memecah benteng lawan.

Advertisements

Setakat ini, Fortes sudah beraksi dalam 10 perlawanan buat Selangor yang mana enam aksi bagi Liga Super dan empat lagi aksi di dalam saingan Piala FA.

Advertisements
Advertisements

Beliau turut mempamerkan bisa yang tersendiri dengan meledak 7 gol setakat ini buat Selangor dan jumlah jaringan itu adalah tertinggi buat mana-mana pemain Selangor.

Fortes kini sedang bersaing hebat dengan pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Romel Morales dalam carta penjaring terbanyak bagi saingan Piala FA dengan masing-masing telah menjaringkan 5 gol setakat ini.

Advertisements

Kedua-duanya akan bertarung sekali lagi dalam perlawanan akhir Piala FA yang menemukan Selangor dan JDT pada 24 Ogos depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sebelum ini, Alvin Fortes sudah memberikan amaran kehadirannya bersama Selangor dalam aksi pra-musim Liga Malaysia apabila meledak lima gol hanya dalam empat perlawanan.

Advertisements

Selain memiliki kelincahan, Fortes juga mempunyai kemampuan daripada situasi bola mati terutamanya sepakan percuma.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram