Kemenjadian Alvin Fortes Bersama Selangor Sukar Digugat
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Kemenjadian prestasi pemain sayap Selangor FC, Alvin Fortes bersama kelab barunya itu tampak sukar digugat selepas menunjukkan ketajaman dalam aksi pra-musim setakat ini.

Bekas pemain kebangsaan Cape Verde itu konsisten meledak gol dalam setiap perlawanan pra-musim bersama Selangor sekali gus berjaya menambat hati para penyokong Sang Gergasi Merah.

Rekod jaringan luar biasa Alvin Fortes bersama Selangor dimulakan dengan aksi persahabatan menentang Negeri Sembilan FC yang mana menyaksikan Alvin meledak jaringan tunggal perlawanan.

Advertisements

Alvin meneruskan konsistensi jaringan pada aksi pra-musim berikutnya menentang Perak apabila satu jaringannya membantu Selangor menang tipis 3-2 ke atas Perak.

Kemenjadian aksi Alvin tampak sukar digugat dalam kejohanan Selangor KUSEL Asia Challenge 2024 (SAC 2024). Pada aksi pertama kejohanan menentang DPPM FC, Alvin menyumbang dua gol untuk kemenangan besar 4-0 buat Selangor.

Advertisements

Pada aksi kedua SAC 2024 menentang Young Elephants FC, Alvin Fortes tidak ketinggalan untuk menyumbang satu gol yang menyaksikan Selangor menewaskan wakil Laos itu dengan keputusan 4-0.

Aksi pra-musim Selangor diteruskan dengan menentang kelab Singapura, Geylang International FC. Pada perlawanan tersebut, Alvin sekali lagi menunjukkan ketajaman dengan meledak dua jaringan dalam kemenangan besar 7-0 Selangor ke atas Geylang.

Advertisements

Aksi Alvin Fortes akan menjadi perhatian ramai pada 10 Mei ini selepas Selangor bakal memulakan saingan Liga Super menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk Piala Sumbangsih yang bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram