Pra-Musim: Taring Selangor Makin Menyerlah, Aibkan Geylang International 7-0
Persahabatan
Selangor FC
Advertisements

Aksi pra-musim Naib Juara Liga Super 2023, Selangor diteruskan hari ini apabila melayan kunjungan pasukan dari Singapura, Geylang International.

Selangor berjaya mendahului aksi di babak pertama permainan apabila keputusan 3-0 memihak kepada gergasi Merah Kuning itu. Seawal minit ke-12 permainan, Selangor mula membuka akaun jaringan menerusi pemain muda negara, Mukhairi Ajmal.

Kemudian giliran pemain import, Alvin Fortes meledak untuk gol kedua Selangor sebelum Mukhairi sekali lagi mencetak gol ketiga buat pasukan tuan rumah. Aksi di separuh masa pertama tamat dengan keputusan 3-0.

Advertisements

Bersambung aksi di separuh masa kedua, Selangor terus menambah duka pasukan Geylang dengan empat jaringan tambahan.

Yohandri Orozco, Alvin Fortes, Danial Asri dan Harith Haiqal masing-masing berjaya menyumbang satu jaringan untuk memastikan malam gemilang di Stadium MBPJ menjadi milik Selangor. Kemenangan bergaya diraih Selangor, Selangor 7-0 Geylang International.

Advertisements

Perlawanan persahabatan ini merupakan aksi pra-musim terakhir buat Selangor sebelum kempen Liga Super Malaysia 2024/2025 bermula pada minggu hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram