AFC Denda Selangor Lebih Berat
MakanBola
AFC
Sponsors

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjatuhkan hukuman lebih berat kepada Selangor.

Wakil Malaysia itu menerima hukuman daripada AFC ketika aksi antara The Red Giants menentang wakil Korea, Jeonbuk Hyundai FC.

Ad

Dena keseluruhan berjumlah AS$24,500 (RM110,000) telah dikenakan selepas melanggar tiga peraturan AFC semasa aksi Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Ad

Tiga kesalahan tersebut melibatkan tindakan penyokong yang menayangkan kain sepanduk yang dilarang mengikut Kod Etika dan Disiplin AFC.

Bukan itu sahaja, kegagalan mengeluarkan kain sepanduk yang dinyatakan dari stadium termasuklah lewat memasuki padang pada separuh masa kedua.

Ad

AFC memberi peringatan keras kepada Selangor bahawa pasukan itu bakal dikenakan hukuman lebih berat jika mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

Ad

Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa turut menerima hukuman daripada AFC susulan kenyataan media yang dikeluarkannya selepas aksi menentang Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara Shandong Taishan dan JDT pada 26 November lalu.

Ad

Pemain berusia 38 tahun itu perlu melunaskan denda sebanyak AS$5,000 (RM22,000) kepada AFC atas kesalahan tersebut.