AFC ‘Hukum’ Vietnam & Thailand
MakanBola
VFF/Changsuek

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menjatuhkan hukuman denda yang berat buat Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dan Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Kedua-dua badan induk itu masing-masing dikenakan denda sebanyak AS$11,250 (RM44,200) dan AS$25,500 (RM88,400) atas kesalahan suar dan gagal mematuhi peraturan keselamatan.

Ini berdasarkan keputusan yang dibuat Jawatankuasa Etika dan Disiplin AFC yang dibuat pada 13 Mei lalu.

Vietnam dikenakan denda tersebut selepas seorang penyokong dikesan menyalakan suar dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Malaysia pada 31 Mac lalu.

Thailand pula dikenakan hukuman serupa selepas Chanathip Songkrasin menyalakan suar selepas aksi kelayakan menentang Turkmenistan.

FAT dikenakan hukuman berat menurut portal Thairath Online kerana ini bukan kali pertama badan itu dihukum kerana kesalahan suar.

Sekiranya isu ini berlanjutan, tidak mustahil Thailand berpotensi dikenakan hukuman berat oleh AFC selepas ini.