AFC Letak Faisal Halim Sebaris Lee Kang-in Sebagai Pemain Terbaik ‘Matchday 3’
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pemain sayap sensasi Malaysia, Faisal Halim tersenarai dalam kesebelasan terbaik di Piala Asia AFC 2023 bagi perlawanan minggu ke-3 (Matchday 3).

Bintang berusia 26 tahun itu diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk terus berada dalam kesebelasan utama menentang Korea Selatan.

Beliau tidak mensia-siakan peluang yang diberikan apabila berjaya menjaringkan satu gol penting yang menjadi pencetus kepada kebangkitan Harimau Malaya.

Advertisements

Malaysia berjaya bangkit pada saat akhir untuk mengikat pasukan ke-22 dunia itu dengan keputusan 3-3 dan memperoleh tambahan +12.29 mata FIFA.

Menerusi kemas kini oleh laman AFC Asian Cup, pemain sayap Selangor FC ini disenaraikan dalam kesebelasna terbaik bagi aksi minggu ke-3.

Faisal diletakkan sebaris beberapa bintang ternama di Asia seperti peledak Iraq, Aymen Hussein dan bintang Jepun, Ayase Ueda.

Advertisements

Selain itu, pemain lincah itu turut berada sebaris bintang Korea Selatan, Lee Kang-in dan beberapa nama lain seperti Mehdi Taremi (Iran), Ali Jasim (Iraq), Parvizdzhon Umarbayev (Tajikistan) dan lain-lain.

Faisal diberi penilaian 7.1 oleh laman Sofascore sementara Arif Aiman 7.4 dengan gandingan dua pemain bertubuh cilik ini memberikan nafas baharu buat bola sepak Malaysia.

Perjalanan Harimau Malaya bagaimanapun sudah pun terhenti di peringkat Kumpulan E sementara tiga pasukan iaitu Bahrain, Korea Selatan dan Jordan mengesahkan kemaraan.

Advertisements

Video: Malaysia vs Korea Selatan

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram