Kejayaan Malaysia untuk mengikat pasukan gergasi Asia, Korea Selatan menyaksikan kedudukan mereka dipintas oleh satu lagi gergasi Asia iaitu Australia.
Aksi yang berlangsung di Stadium Al-Janoub, Qatar itu menyaksikan gol saat akhir pemain naturalisasi negara, Romel Morales memastikan anak didik Kim Pan-gon pulang ke tanah air dengan satu mata.
Keputusan seri antara Malaysia dan Korea Selatab itu membolehkan Harimau Malaya melonjak ke kedudukan 132 dunia berbanding ke-135 dunia sebelum ini.
Skuad kebangsaan memperoleh tambahan +12.29 mata FIFA dan berjaya memperbaiki kedudukan semasa.
Pasukan kendalian Jurgen Klinsmann pula kini menghadapi satu lagi detik sukar selepas kedudukan ranking FIFA mereka kini jatuh mendadak ke tangga 25 dunia.
Keputusan seri itu menyaksikan Taeguk Warriros hilang -12.29 mata penting sekaligus turun dua tangga.
Situasi ini membuka ruang buat dua pasukan untuk memintas Korea Selatan iaitu Australia (ke-23 dunia) dengan 1550 mata sementara Austria (ke-24 dunia) dengan 1546 mata.
Selain itu, Harimau Malaya memberi kedukaan kepada kapten Korea Selatan, Son Heung-min yang masih tercari-cari kemenangan berdepan skuad negara sejak tahun 2018.
Australia juga dalam momentuk terbaik ketika layak ke pusingan 16 terbaik selaku juara kumpulan dan bakal bertemu Indonesia.
Aksi pusingan kalah mati menemukan Arab Saudi dan Korea Selatan pada 31 Januari 2024 sementara Indonesia dan Australia pada 28 Januari 2024.
Video: Korea Selatan vs Malaysia