Ranking FIFA: Hasrat Akhir Malaysia Tercapai, Lonjak Tangga Penting FIFA
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ranking FIFA Malaysia: Malaysia mencatatkan perjuangan hebat sebelum mencatatkan kemenangan ke atas Korea Selatan sekaligus menyebabkan kedudukan negara melonjak tiga tangga ke kedudukan lebih baik.

Skuad kebangsaan mempamerkan aksi memukau untuk mengikat pasukan ke-22 dunia, Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon tumpas dalam dua aksi terawal Kumpulan E berdepan Jordan dan Bahrain sekaligus menutup peluang untuk mara.

Advertisements

Malaysia ketika ini menghuni tangga ke-135 dunia namun berjaya mempamerkan karakter sebenar untuk meraih kemenangan bermakna ke atas Korea Selatan.

Berdasarkan kemas kini masa-nyata FIFA, skuad kebangsaan berjaya dapat menemui sentuhan yang diharapkan dan melonjak ke kedudukan 132 dunia.

Kedudukan ini membolehkan Harimau Malaya menambah +12.29 mata dan memotong negara seperti Nicaragua dan Faroe Islands (ke-134 dan 135 dunia).

Advertisements

Malaysia bakal meninggalkan kedudukan 135 dunia dan naik ke kedudukan 132 dunia sekaligus menghampiri kelompok 120 terbaik dunia selepas 19 tahun dengan 1110 mata.

Harimau Malaya akhirnya pulang ke tanah air dengan satu mata penting berdepan jaguh dunia sebelum meneruskan misi di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Oman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram