Advertisements
AFC Asian Cup: Malaysia Pamer Keajaiban Sempurna Ikat Korea Selatan
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

AFC Asian Cup: Malaysia menutup tirai aksi di Qatar dengan meraih keputusan seri ke atas Korea Selatan dengan keputusan 3-3.

Kedua-dua pasukan melakukan beberapa pertukaran penting dalam kesebelasan utama pasukan dengan skuad kebangsaan mempertaruhkan watak seperti Daniel Ting dan Brendan Gan pada babak pertama.

Taeguk Warriors tidak menunggu lama untuk menekan Malaysia seawal 20 minit pertama menerusi jentera serangan yang menutup ruang skuad negara melakukan gerak.

Korea Selatan memperoleh gol pertama perlawanan hasil sepakan penjuru yang ditanduk masuk oleh Jeong Woo-yeong pada minit ke-21.

Setelah itu, pasukan ke-22 dunia itu datang tanpa henti namun ketangkasan penjaga gol negara, Ahmad Syihan Hazmi berjaya mengawal keadaan.

Aksi babak pertama tamat dengab keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, jentera serangan negara bertukar serangan untuk mencari gol penyamaan.

Usaha berterusan akhirnya membuahkan hasil apabila tekanan oleh Darren Lok terhadap jentera pertahanan lawan berjaya memberikan jaringan penyamaan.

Faisal Halim tenang mengawal bola dalam suasana kel kabut dalam kotak penalti lawan sebelum melepaskan rembatan melepasi kawalan Jo Hyeon-wo.

Harimau Malaya menerima aura baharu apabila asakan bertali-arus membuahkan hasil apabila Malaysia diberikan penalti yang mudah disempurnakan oleh Arif Aiman.

Anak didik Jurgen Klinsmann memperoleh gol kedua apabila sepakan percuma Lee Kang-in menerjah jaring pada minit ke-83.

Penalti kapten pasukan, Son Heung-min memastikan pasukannya memdahului dengan keputusan 3-2 sebelum Romel Morales meledak saat akhir untuk gol mengikat Korea Selatan.

Malaysia menghuni tangga ke-4 dengan tanpa satu mata manakala Korea Selatan di tangga kedua dengan 5 mata.