Aksi Tangan Lincah Syihan Hazmi Buat Son Heung-min Terkaku
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Ketangkasan penjaga gol Malaysia, Syihan Hazmi memastikan kecemerlangan skaud negara berterusan bagi aksi 45 minit pertama permainan.

Pasukan kendalian Kim Pan-gon mengekalkan sebahagian besar kesebelasan utama pasukan dan hanya melakukan beberapa pertukaran penting.

Skuad kebangsaan berjaya mengawal keadaan dalam 15 minit pertama permainan namun berjaya ditembusi beberapa kali selepas itu.

Advertisements

Detik paling penting buat pasukan negara tercipta apabila kecekapan Syihan berjaya menyelamatkan keadaan.

Son Heung-min bagaimanapun memiliki peluang terbesar untuk meletakkan pasukan di hadapan namun rembatannya berjaya ditempis keluar oleh Syihan menggunakan satu tangan.

Pemain berusia 31 tahun itu terkejut dengan ketangkasan penjaga gawang JDT itu bertindak untuk mengawal keadaan.

Advertisements

Penjaga gol berusia 27 tahun itu sekali lagi meneruskan rentak terbaiknya apabila Jeong woo-yeong menanduk masuk bola ke gawang namun berjaya tepisan Syihan.

Gol itu bagaimanapun dikira selepas bola dikesan sudah melepasi garisan gol.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada Taeguk Warriors.

Advertisements

Live: Korea vs Malaysia

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram