Nasib malang yang perlu ditanggung oleh kapten pasukan Korea Selatan, Son Heung-min bertemu Malaysia kekal berterusan.
Pemain berusia 31 tahun itu membawa Taeguk Warriors untuk mengakhiri saingan di Piala Asia AFC 2023 dengan baik selepas merekodkan satu seri dan satu kemenangan dalam dua aksi terawal.
Hasrat itu lebur selepas Harimau Malaya mempamerkan kebangkitan dramatik untuk mengikat Korea Selatan dengan keputusan 3-3.
Keputusan itu juga membantu Malaysia untuk memperoleh tambahan +12.19 mata FIFA untuk melonjak tiga tangga ke kedudukan 132 dunia.
Keputusan ini sekaligus bakal memahat parut baharu dalam dirinya susulan ditewaskan oleh skuad muda Malaysia dengan keputusan 2-1 pada aksi Sukan Asia tahun 2018.
Ketika ini, beliau hanya berada di bangku simpanan dan masuk selaku pemain gantian.
Situasi itu sudah pun terlambat apabila dua gol Safawi Rasid sudah cukup untuk membantu Harimau Muda menewaskan Taeguk Warriors ketika itu.
Pemain Tottenham Hotspurs itu sudah pasti mahu melupakan saat duka ini saat bakal kembali bersama kelabnya untuk mengharungi aksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Son bagaimanapun meledak satu gol pada babak kecederaan menerusi sepakan penalti.
Video: Korea Selatan vs Malaysia