Dua wakil Malaysia dalam kancah saingan Asia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Selangor FC telah menyumbamg tambahan mata AFC MA Ranking buat Malaysia.
Skuad kendalian Hector Bidoglio menjadi wakil tunggal negara untuk beraksi dalam kancah saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) manakala Selangor pada saingan Liga Juara-Juara AFC Dua (ACL2).
Persembahan memberangsangkan ditonjokan oleh dua kelab negara telah membantu tambahan mata buat Malaysia di Asia.
JDT mempamerkan perjuangan hebat untuk mengikat jaguh China, Shanghai Port manakala Gergasi Merah gah mencuri satu mata di Bangkok berdepan Muangthong United.
Berdasarkan kemas kini oleh laman Footyrankings, JDT berjaya meraih tambahan +4.000 mata manakala Selangor pula +2.667 untuk memberikan 3.333 mata lagi buat Malaysia.

Malaysia telah memungut 27.861 mata dan kekal berada di tangga ke-6 Asia Timur (ke-13 Asia) sementara Australia kini menghuni tangga ke-5 Asia Timur (ke-11 Asia) dengan 31.124 mata.
Tambahan mata ini amat penting untuk memastikan Malaysia mengekalkan dua slot automatik beraksi di ACLE dan juga ACL2 pada tahun 2026/27.

Kedudukan Malaysia kini diekori rapat oleh Vietnam dengan jurang perbezaan mata yang amat tipis.