AFC MA Ranking: Malaysia Tangga Ke-6, Kemboja Pintas Indonesia
MakanBola
PKR Svay Rieng FC
Sponsors

Malaysia ketika ini berada di tangga ke-6 AFC MA Ranking manakala kedudukan Indonesia telah dipintas oleh Kemboja.

Minggu ini menyaksikan saingan AFC Champions League 2 (ACL2) dan AFC Challenge League (ACGL) berjalan dengan aksi sudah pun memasuki pusingan separuh akhir.

Ad

Tumpuan terarah kepada beberapa kelab dari Asia Tenggara yang turun beraksi dengan kejutan berjaya dilakar oleh wakil Singapura, Lion City Sailors yang layak ke final ACL2.

Ad

Sailors berjaya menewaskan kelab dari Australia, Sydney FC dengan keputusan agregat 2-1 dan melangkah ke final ACL2 buat kali pertama dalam sejarah penubuhan pasukan.

Walaupun tersingkir, kemenangan 1-0 Sydney FC di separuh akhir kedua ini telah melonjakkan kedudukan Australia dalam kedudukan AFC MA Ranking untuk berada di tempat ke-5.

Ad

Sementara, Malaysia yang tidak lagi mempunyai wakil dalam kejohanan kelab peringkat Asia terpaksa akur jatuh satu anak tangga dan berada di kedudukan ke-6 dengan 40.039 mata.

Ad

Sungguhpun begitu, slot Malaysia untuk ke AFC Champions League Elite (ACLE) dan juga ACL2 bagi musim 2026-2027 tetap selamat kerana jurang bersama Vietnam yang masih jauh.

Ad

Satu lagi perubahan yang berlaku dalam kemas kini AFC MA Ranking kali ini adalah melibatkan kedudukan Kemboja yang berjaya memintas Indonesia untuk naik ke tempat ke-10.

Hal ini kerana sumbangan mata hasil kemenangan PKR Svay Rieng ke atas pasukan Indonesia, Madura United dalam aksi separuh akhir ACGL yang melonjakkan kedudukan Kemboja.

Svay Rieng yang merupakan kelab gergasi Kemboja mara ke final ACGL setelah berjaya mengatasi Madura United dengan keputusan agregat 6-3 untuk memaksa Indonesia jatuh anak tangga.

Untuk musim 2025/2026 ini, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi wakil Malaysia di kejohanan ACLE selaku juara Liga Super manakala Selangor akan bersaing di kejohanan ACL2.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments