Advertising
AFC MA Ranking: JDT Julang Malaysia, Naik Dua Tangga
Asia
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengatasi Central Coast Mariners bantu Malaysia melonjak dua anak tangga dalam kedudukan AFC MA Ranking.

Pada aksi yang berlangsung di Gosford, Australia itu, JDT turun dengan misi penting untuk membawa balik 3 mata sekaligus mengukuhkan tempat dalam kelompok 8 terbaik.

Ad

Dua jaringan daripada pertahanan baharu, Alvaro Gonzalez berjaya membantu pasukan Harimau Selatan merekodkan kemenangan ke-3 dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).

Ad

Kemenangan buat JDT di bumi Australia ini membolehkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga berdasarkan kemas kini oleh laman Footy Rankings.

Malaysia meraih tambahan +11.333 mata untuk menjadikan jumlah mata keseluruhan kepada 35.861 mata serta berada di kedudukan ke-5 bagi kategori Asia Timur.

Ad

Tambahan mata itu turut membolehkan Malaysia memintas Australia dengan perbezaan sekadar 0.237 di tempat ke-6 sementara Vietnam pula jatuh ke kedudukan ke-7 ketika ini.

Ad
AFC MA JDT Selangor AFC MA Ranking: JDT Julang Malaysia, Naik Dua Tangga
Footy Ranking

Kedudukan ini juga penting bagi mengekalkan slot automatik Malaysia ke ACLE dan ACL2 untuk musim 2026/27 menerusi persembahan cemerlang oleh wakil negara dalam kejohanan kelab Asia ini.

Ad

Malaysia bagaimanapun kekal menghuni tangga ke-12 di Asia secara keseluruhan dengan Jordan melonjak ke kedudukan 11 terbaik ketika ini.

Perlawanan terakhir peringkat liga ACLE bakal menyaksikan JDT menanti kunjungan kelab Korea, Pohang Steelers pada 18 Februari hadapan di Stadium Sultan Ibrahim.