Advertising
ACLE: Kedudukan JDT Selepas Tumbangkan Central Coast Mariners
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) melonjak 1 anak tangga dalam carta AFC Champions League Elite (ACLE) setelah cemerlang atasi Central Coast Mariners pada Selasa.

Pertemuan di Australia ini sememangnya penting untuk JDT mengukuhkan tempat dalam kelompok 8 terbaik sementara Central Coast Mariners sekadar turun melengkapkan jadual ACLE.

Ad

Tuan rumah terpaksa akur beraksi dengan 10 orang pemain setelah penjaga gol, Peraic-Cullen dilayangkan kad merah di penghujung babak pertama akibat terjahan lewat ke atas Arif Aiman.

Ad

Kelebihan seorang pemain digunakan sebaik mungkin oleh JDT untuk meledak gol pertama menerusi Alvaro Gonzalez yang menyambar hantaran lintang oleh Arif Aiman di minit ke-64.

6 minit kemudian, Mariners berjaya menyamakan kedudukan hasil tampanan pertama Alou Kuol sebelum Alvaro Gonzalez muncul wira JDT dengan gol kemenangan pada minit ke-79.

Ad

Keputusan 2-1 itu menyaksikan JDT naik satu anak tangga ke kedudukan ke-5 carta ACLE ketika ini dengan mengumpul 11 mata, 2 mata di atas Pohang Steelers yang sedang beraksi.

Ad

Sungguhpun begitu, kedudukan ini mungkin berubah tatkala 5 lagi perlawanan akan berlangsung terutamanya melibatkan pesaing JDT antaranya Pohang Steelers, Shanghai Port serta Buriram United.

Ad

Perlawanan terakhir peringkat liga ACLE minggu hadapan menyaksikan JDT melayani kunjungan Pohang Steelers di Stadium Sultan Ibrahim pada 18 Februari ini.