AFC MA Ranking: Thailand dan Malaysia mengungguli carta kedudukan teratas negara Asia Tenggara pada kemas kini terbaru oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Malaysia memiliki tiga wakil yang beraksi di pentas bola sepak Asia pada kempen 2023/24 iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan Terengganu dan Sabah FC di Piala AFC.
Thailand pula memiliki tiga wakil di ACL iaitu Buriram United, Bangkok United dan juga Port FC.
Berdasarkan kemas kini yang dikeluarkan oleh AFC, Thailand merupakan negara terbaik di Asia Tenggara apabil mengumpul 8.567 mata yang disumbangkan oleh Buriram (6 mata) dan Bangkok (17 mata).
Malaysia pula memungut 6.213 mata dengan mata tertinggi disumbangkan oleh JDT (9 mata), Sabah (5.32 mata) dan Terengganu (4.3 mata).
Kemas kini keseluruhan menyaksikan Thailand mengumpul 49.546 mata dan menghuni tangga ke-4 Asia Timur manakala Malaysia dengan 31.331 mata di tangga ke-6.
Australia pula menduduki tangga ke-5 susulan persembahan cemerlang dua wakil Australia di AFC Cup, Macarthur dan Central Coast Mariners yang berjaya mara ke pentas akhir Piala AFC Zon Asean.
Sumbangan mata oleh tiga wakil ini juga membolehkan Malaysia memperoleh satu slot automatik ke ACLE dan satu slot ke ACL2 musim 2025/26.
Kedudukan AFC MA Ranking:
- Thailand
- Malaysia
- Vietnam
- Singapura
- Filipina
- Indonesia
- Kamboja
- Myanmar
- Laos
- Brunei Darussalam
- Timor Leste.