Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

AFC MA Ranking: Malaysia kini menghuni tangga ke-12 Asia selepas terhentinya perjalanan wakil terakhir negara, Sabah FC baru-baru ini.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee terpaksa akur dengan keputusan yang diterima apabila tewas 3-0 kepada jaguh Australia, Macarthur FC.

Keputusan itu menyaksikan The Rhinos berjaya menyumbangkan 5.000 mata kepada Malaysia hasil 4 kemenangan dan tiga kekalahan di pentas AFC Cup.

Advertisements

Menurut kemas kini oleh laman FootyRangkings, Malaysia berada pada kedudukan ke-6 bagi negara Asia Timur namun kedudukan ini telah dipintas oleh Australia.

Australia kini menghuni tangga ke-5 Asia Timur (ke-11 Asia) dengan 32.221 mata sementara Malaysia di tangga ke-12 Asia dengan 31.118 mata.

826AA3B9 3D7D 4167 A8AB 84E1E0D8F4E3 AFC MA Ranking: Australia Pintas Kedudukan Malaysia

Keputusan ini susulan prestasi cemerlang dua wakil Australia di AFC Cup, Macarthur dan Central Coast Mariners yang berjaya mara ke pentas akhir Piala AFC Zon Asean.

Advertisements

Selain itu, dua lagi wakil Malaysia di Asia, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang beraksi di Liga Juara-Juara AFC (ACL) menjadi penyumbang mata tertinggi iaitu 9.000 mata manakala Terengganu FC menyumbang 4.000 mata.

Keputusan ini menyaksikan Malaysia berjaya memperoleh satu slot automatik ke ACLE dan satu slot automatik ke saingan ACL2 musim 2025/26.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram