AFC Sudah Terima Laporan Insiden Baling Botol Ketika JDT vs Buriram
MakanBola
Astro Arena
Sponsors

Laporan insiden baling botol ke padang oleh penonton ketika aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Buriram telah diterima oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Minggu lalu, pertemuan antara JDT vs Buriram United dalam aksi pusingan 16 terbaik AFC Champions League Elite (ACLE) telah dicemari dengan insiden penonton membaling botol ke dalam padang.

Ad

Insiden tersebut berlaku di penghujung permainan apabila pengadil yang bertugas membatalkan jaringan lewat oleh penyerang JDT, Jorge Obregon dan menimbulkan amarah dalam kalangan peminat.

Ad

Perkara itu telah mendapat perhatian meluas dan pihak AFC melalui Setiausaha Agung, Datuk Seri Windsor Paul berkata, mereka mengambil maklum mengenai perkara tersebut dan menunggu laporan rasmi.

“Kita tunggu laporan. Nak komen pun sukar sebelum terima laporan daripada semua pihak,” ujar Datuk Seri Windsor Paul John kepada Sinar pada Khamis lalu.

Ad

Terkini, Datuk Seri Windsor Paul John yang ditemui di majlis undian suku akhir ACLE berkata, laporan perlawanan sudah pun diterima dan sedang diteliti oleh Jawatankuasa Disiplin AFC ketika ini.

Ad

”Laporan perlawanan saya rasa sudah berada di peringkat Jawatankuasa Disiplin dan mereka akan meneliti laporan yang dibuat oleh kimisioner dan juga pengadil,” kata beliau kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.

Ad

Tambah beliau, pihak AFC tidak akan memberikan sebarang komen bagi memberi laluan kepada siasatan dilakukan dan menyerahkan keputusan kepada Jawatankuasa Disiplin bagi menentukan.

”Kita biasanya tidak memberi komen tentang prosedur yang sedang berlangsung di peringkat Jawatankuasa Disiplin tapi apa yang boleh saya katakan AFC selalu memandang serius tentang insiden yang berlaku di sekitar perlawanan.”

”Kita biar laporan itu diteliti oleh Jawatankuasa Disiplin dan merekalah yang akan mengambil keputusan (ke atas insiden tersebut),” tambah beliau.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments